Sunday, May 17, 2009

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH


Guru SK Kedawang 2009

TARIKH : 17 MEI 2009
TEMPAT : SK KEDAWANG
TETAMU JEMPUTAN : YDP PIBG

Kelihatan Utz. Nasir Awang sedang membaca doa bagi permulaan majlis.

Murid turut menyanyikan lagu Guru Malaysia moga ia dapat membina cita-cita mereka sebagai seorang Pendidik.


Bacaan ikrar oleh semua guru, turut juga kelihatan YDP PIBG....Bang Chok


Ucapan Guru Besar, En. Fadzil Bin Othman
Bacaan Syair dan Ucapan Hari Guru oleh Ketua Murid SKKD

Bacaan ikrar diketuai oleh Pn. Noraini , penuh bertenaga....

Barisan guru SKKD menyanyikan lagu Guru Malaysia.

Cikgu Kamal begitu komited menyanyikan lagu Guru Malaysia.

Masih ada guru yang melihat sarikata lagu, manakala guru veteran boleh menyanyikan tanpa sarikata lagu.


Acara yang wajib untuk semua guru lelaki.

Jagoan Langkawi bagi acara Tarik Tali, cikgu Idris bin said.

Kesungguhan Kumpulan Cikgu Mokhtar Desa menampakkan kejayaan, namun kejayaan tersebut di halang oleh kumpulan Jagoan Langkawi.
hu..hu..hu..jatuh tersepuk ( wajah dirahsiakan ) sehingga berjaya mematahkan kaki kerusi.
Soundman ( Sir Azrul ) suka membuat kecoh dengan mematikan muzik tanpa sedar.




Permainan mengelilingi Kerusi dengan iringan Muzik penuh dengan telatah lucu para guru lelaki kerana masing-masing merebut kedudukan

Para guru wanita juga mempunyai cara tersendiri, mereka mempertandingkan Ratu dengan bertemakan Chef masakan.
Guru wanita begitu takjub melihat rakan mereka di hiasai dengan surat kahabar lama.............

Cikgu Syed turut menhangatkan suasana persembahan murid. Beliau juga membuat persembahan tersendiri.

Murid-murid SKKD teruja melihat gelagat persembahan rakan mereka.

Murid ini sedang menunggu giliran untuk membuat persembahan.


Tidak ketinggalan juga persembahan guru-guru. Cikgu kasya memainkan alat muzik mengiringi persembahan Dikir Barat.

Kesempatan ini di ambil oleh beberapa orang guru. Cikgu Maimon Kordi dan Cikgu Habsah Busu turut bersama.

Pakai main hentam ye kak !

Tuan Syed Hussain pula hanya boleh memainkan Gong.... kemahiran darah keturunan diraja yang diwarisi keluarga Syed

Utz. Haizad begitu terpesona dengan Dikir Barat Bahasa Arab, di kesempatan ini beliau juga turut memainkan alat muzik menceriakan suasana.

Persembahan Okestera Rekoder diketuai oleh Nurul Alis diminati ramai.

Rentak pukulan gendang oleh Cikgu Kasya sebagai bunyi latar.


Vokal murid ini begitu mantap sehinggakan Cikgu Syed terikut-ikut dan sekali gus menjadi penari latar.


meet uncle hussin dengan Lagu Untukmu


Penari iringan dengan rentak Shuffle meriuhkan suasana dewan.
Antara aksi merbahaya, ramai guru terkejut dengan aksi murid ini. Bakat yang sungguh luar biasa.

( Jangan Meniru Aksi Ini Di rumah ) 18SG

Majlis Penutup Hari Guru di serikan lagi dengan penyampaian hadiah. Kelihatan Pn. Hatijah Din menerima hadiah daripada En. Mokhtar Desa ( PK KOKO )bagi Johan Memecahkan Belon.


Pn. Maznah ( PK Kurikulum ) menyampaikan hadiah kepada Cik Nurul Huda, Johan Ratu Chef.
En. Fadzil Othman ( Guru Besar ) menyampaikan hadiah kepada Naib Johan Kumpulan Tarik Tali kepada Kumpulan En. Mokhtar Desa.

Apa yang mereka makan tu, sehingga licin dikerjakannya!Cikgu Mokhtar Desa mengadakan jamuan Nasi Ayam untuk kesemua staf SKKD . Terima Kasih di ucapkan..
Hadiah untuk diri sendiri, cikgu dan cikgi menukar hadiah masing-masing dengan mencabut undi. Bertukar-tukar hadiah merupakan resam Hari Guru.
WARGA SKKD BOLEH MENGAMBIL SEMUA FOTO SAMBUTAN HARI GURU DI KOMPUTER KAK JAH ( PEJABAT )

No comments:

Post a Comment