Wednesday, May 27, 2009

Jaguh-jaguh Boling Kedawang berentap..!!!

25 Mei 2009- Bertempat di Ampang Bowl Langkawi telah berlangsung acara yg gilang gemilang pertandingan Boling Inter-Staf SK Kedawang yang membabitkan peserta seramai 35 orang. Penganjuran program riadah seperti ini diyakini mampu mengeratkan lagi tali silaturrahim antara staf SK Kedawang dan mampu memberi ruang kepada semua warga SK Kedawang merehatkan minda dan mengendurkan urat saraf..

Iklan ditampal di setiap tempat tumpuan utama di Kedawang

Peace..!!

Barisan atlet SKKD acara baling bola besi..


Fokus..fokus..

Aksi Bang Chin..

Macamana..boleh tak coach..

Aksi Pak Ku..mesti masuk longkang..hihi













Macam2 aksi dan skill yg ditunjukkan oleh pakar2 boling Kedawang.. antaranya yg menarik perhatian Pak Syed.. ramai yg terkedu tgk aksinya yg bersahaja buat 'strike'..masa bila dia training ramai yg hairan.. tp ada saksi mendakwa dalam 2-3 minggu ni depa nampak kelibat pak syed kat jeti berlatih secara rahsia..nak tau lebih lanjut kena la tanya dia nanti.. Tak kurang hebatnya malam tu Us Izwan, walaupun masih lagi mengalami kecederaan lutut tp performance hebatnya membuatkan semua lawannya tension.. Dikhabarkan katanya appoinment fisioterapi dengan doktor pun dia takpi lagi..tp main boling buleh pulak.. Siapla kena sound ngan doktor nanti... "...Lutut bengkok2 pun masih dapat no. 3 keseluruhan tuu.."kata cikgu Zifni..

Malam penuh bersejarah itu juga merakamkan satu lagi rekod apabila Mat Yas a.k.a Alias dapat mengalahkan Us Izwan dengan beza 3 mata sahaja.. "...siapla aku kena kutuk ngan mat yas kat sekolah esok.."kata Us Izwan. Juara Bertahan boling Kedawang 3 tahun berturut2 Azrul nampaknya terpaksa memberi laluan kepada juara baru atas sebab kapasiti beliau sebagai pengerusi penganjur.. nanti dikatakan dia salah guna kuasa pulak kalu dia yang menang.. takpala Azrul..kita buat pulak nanti..tp ingat..kena bagi Division la pasni..

Sebahagian peserta bergambar sebelum perlawanan bermula

Antara yang menunjukkan bakat malam tu ialah Kasya, Sudin, Mat Ed, Mat Yas, Us Radzi, Us Mi, Cikgu Mokhtar, Cikgu Brahim, Cikgu Zifni, Khalid, Bang Chin, Us Izwan, Pak Syed, Azrul, Pak Ku, Ustzh Saudah, Norizal, Nurul Huda Raji, Nurul Huda Rashid, Teacher Hana dan Shamila, Cikgu Azlina, Cikgu Dayang dan Cikgu Aiffa.

Satu usaha yg patut dipuji serta patut diteruskan pada masa2 akan datang.. InsyaAllah akan menyusul banyak lagi acara yang mampu mengeratkan team binding antara kita warga SK Kedawang..

P/S : Lagi gambar akan menyusul InsyaAllah..

Wednesday, May 20, 2009

SEKADAR RENUNGAN UNTUK KPM, JPN, PPD DAN NAZIR

FAHAMILAH KAMI!
Guru mahu fokus tugas hakiki, keselamatan sekolah terjamin
Oleh Rosniza Mohd Tahayoniza@bharian.com.my


SETIAP kali sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan diadakan pasti ada 'buah tangan' diumumkan kerajaan sebagai tanda penghargaan terhadap golongan pendidik yang banyak mengorbankan masa dan tenaga serta wang ringgit demi menjalankan amanah mendidik anak bangsa. Mengulas ‘hadiah’ diharapkan sempena sambutan tahun ini, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Loke Yim Pheng, berkata dua isu utama memerlukan penyelesaian segera Kementerian Pelajaran, iaitu beban tugas guru serta tahap keselamatan di sekolah. Beliau berkata, sebagai badan mewakili lebih 145,000 tenaga pengajar seluruh negara, kesatuan itu menerima banyak aduan guru yang berasa tertekan kerana dibebani tugas tidak berkaitan pengajaran dan pembelajaran (P&P) terutama perkeranian hingga tugas hakiki mereka iaitu mendidik pelajar terjejas.
Turut menjadi harapan guru, katanya, adalah langkah sewajarnya perlu dilaksanakan kerajaan bagi meningkatkan tahap keselamatan di sekolah bagi memastikan ia kekal sebagai tempat selamat bagi proses P&P. “Harapan NUTP sempena Hari Guru tahun ini ialah guru diberi lebih masa mendidik pelajar dengan memberi ruang secukupnya bagi mereka menjalankan P&P, bukan dibebankan dengan tugas lain seperti perkeranian. “Peningkatan kes kemalangan di sekolah akibat kelemahan struktur binaan seperti tembok runtuh dan parit tidak bertutup juga menuntut perhatian kementerian supaya tahap keselamatannya dapat dipastikan,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Loke berkata, berdasarkan perkembangan ekonomi semasa, dua tuntutan itu dijadikan keutamaan persatuan dengan mengambil kira kemampuan kerajaan, namun ia tidak bermakna isu dan tuntutan lain tidak terus diperjuangkan. “NUTP berharap golongan pendidik bersabar jika tidak semua permintaan mereka dipenuhi dalam masa terdekat kerana kita perlu mengambil kira kemampuan kerajaan untuk memberikannya. “Isu seperti guru naik pangkat tetapi gaji berkurang, kelonggaran bagi guru senior untuk naik pangkat serta pengiktirafan terhadap guru yang mempunyai kelayakan sarjana dan ijazah doktor falsafah tetap kami perjuangkan secara berterusan walaupun ia mengambil masa hingga 10 tahun untuk dilunaskan,” katanya. Sesuai dengan tema Hari Guru tahun ini, katanya, golongan pendidik perlu terus memberi fokus mengutamakan amanah mendidik anak bangsa sekalipun diibaratkan sebagai lilin membakar diri demi menerangi kehidupan orang lain.
Sementara itu, beberapa guru dihubungi Berita Harian berharap kerajaan akan mengambil langkah sewajarnya bagi membebaskan mereka daripada tekanan dan belenggu beban tugas tidak berkaitan P&P sebagai salah satu insentif sempena Hari Guru tahun ini. Guru Penolong Kanan Tadbir & Kurikulum, Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Setapak, Narizah Mohd Daud, 48, berkata saranan mewujudkan jawatan Pembantu Khas bagi mengatasi masalah itu perlu dilaksanakan segera bagi mengelakkan guru terus menjadi mangsa keadaan. Eliah Jaffar, 39, yang kini bertugas di SK Bandar Tun Hussein Onn, pula berkata antara punca masalah disiplin pelajar semakin berleluasa ketika ini kerana guru kurang masa untuk berdamping dengan pelajar akibat beban tugas. Bekas guru besar, Mohd Joni Dollah, 59, pula menyifatkan perkhidmatan guru kini terpesong daripada tugas utama mendidik anak bangsa kerana terpaksa memikul tanggungjawab lain yang tidak sewajar mereka lakukan. “Beban tugas yang tidak munasabah inilah menimbulkan pelbagai masalah dan tekanan kepada guru. Isu ini perlu mendapat perhatian serius kerajaan supaya usaha menjana modal insan dari peringkat sekolah tidak terjejas,” katanya.

Sunday, May 17, 2009

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH


Guru SK Kedawang 2009

TARIKH : 17 MEI 2009
TEMPAT : SK KEDAWANG
TETAMU JEMPUTAN : YDP PIBG

Kelihatan Utz. Nasir Awang sedang membaca doa bagi permulaan majlis.

Murid turut menyanyikan lagu Guru Malaysia moga ia dapat membina cita-cita mereka sebagai seorang Pendidik.


Bacaan ikrar oleh semua guru, turut juga kelihatan YDP PIBG....Bang Chok


Ucapan Guru Besar, En. Fadzil Bin Othman
Bacaan Syair dan Ucapan Hari Guru oleh Ketua Murid SKKD

Bacaan ikrar diketuai oleh Pn. Noraini , penuh bertenaga....

Barisan guru SKKD menyanyikan lagu Guru Malaysia.

Cikgu Kamal begitu komited menyanyikan lagu Guru Malaysia.

Masih ada guru yang melihat sarikata lagu, manakala guru veteran boleh menyanyikan tanpa sarikata lagu.


Acara yang wajib untuk semua guru lelaki.

Jagoan Langkawi bagi acara Tarik Tali, cikgu Idris bin said.

Kesungguhan Kumpulan Cikgu Mokhtar Desa menampakkan kejayaan, namun kejayaan tersebut di halang oleh kumpulan Jagoan Langkawi.
hu..hu..hu..jatuh tersepuk ( wajah dirahsiakan ) sehingga berjaya mematahkan kaki kerusi.
Soundman ( Sir Azrul ) suka membuat kecoh dengan mematikan muzik tanpa sedar.




Permainan mengelilingi Kerusi dengan iringan Muzik penuh dengan telatah lucu para guru lelaki kerana masing-masing merebut kedudukan

Para guru wanita juga mempunyai cara tersendiri, mereka mempertandingkan Ratu dengan bertemakan Chef masakan.
Guru wanita begitu takjub melihat rakan mereka di hiasai dengan surat kahabar lama.............

Cikgu Syed turut menhangatkan suasana persembahan murid. Beliau juga membuat persembahan tersendiri.

Murid-murid SKKD teruja melihat gelagat persembahan rakan mereka.

Murid ini sedang menunggu giliran untuk membuat persembahan.


Tidak ketinggalan juga persembahan guru-guru. Cikgu kasya memainkan alat muzik mengiringi persembahan Dikir Barat.

Kesempatan ini di ambil oleh beberapa orang guru. Cikgu Maimon Kordi dan Cikgu Habsah Busu turut bersama.

Pakai main hentam ye kak !

Tuan Syed Hussain pula hanya boleh memainkan Gong.... kemahiran darah keturunan diraja yang diwarisi keluarga Syed

Utz. Haizad begitu terpesona dengan Dikir Barat Bahasa Arab, di kesempatan ini beliau juga turut memainkan alat muzik menceriakan suasana.

Persembahan Okestera Rekoder diketuai oleh Nurul Alis diminati ramai.

Rentak pukulan gendang oleh Cikgu Kasya sebagai bunyi latar.


Vokal murid ini begitu mantap sehinggakan Cikgu Syed terikut-ikut dan sekali gus menjadi penari latar.


meet uncle hussin dengan Lagu Untukmu


Penari iringan dengan rentak Shuffle meriuhkan suasana dewan.
Antara aksi merbahaya, ramai guru terkejut dengan aksi murid ini. Bakat yang sungguh luar biasa.

( Jangan Meniru Aksi Ini Di rumah ) 18SG

Majlis Penutup Hari Guru di serikan lagi dengan penyampaian hadiah. Kelihatan Pn. Hatijah Din menerima hadiah daripada En. Mokhtar Desa ( PK KOKO )bagi Johan Memecahkan Belon.


Pn. Maznah ( PK Kurikulum ) menyampaikan hadiah kepada Cik Nurul Huda, Johan Ratu Chef.
En. Fadzil Othman ( Guru Besar ) menyampaikan hadiah kepada Naib Johan Kumpulan Tarik Tali kepada Kumpulan En. Mokhtar Desa.

Apa yang mereka makan tu, sehingga licin dikerjakannya!Cikgu Mokhtar Desa mengadakan jamuan Nasi Ayam untuk kesemua staf SKKD . Terima Kasih di ucapkan..
Hadiah untuk diri sendiri, cikgu dan cikgi menukar hadiah masing-masing dengan mencabut undi. Bertukar-tukar hadiah merupakan resam Hari Guru.
WARGA SKKD BOLEH MENGAMBIL SEMUA FOTO SAMBUTAN HARI GURU DI KOMPUTER KAK JAH ( PEJABAT )