Thursday, May 7, 2009

KEM BINA INSAN 2009

TARIKH : 05-07 MEI 2009 BERTEMPAT : LISRAM, KUAH , LANGKAWI.
PESERTA : 146 MURID TAHUN 6
PEMBIMBING : 10 FASILITATOR ( USTAZ J-QAF ), 7 GURU, 3 ORANG WARIS.

Urusetia :
1. EN. AHMAD ZIFNI ADELI ( KEM KOM. )
2. EN. NASIR WAHAB ( SETIAUSAHA )
3. PN. MAIMON KORDI ( TUKANG MASAK )
4. PN. AISHAHBANI ( TUKANG MASAK )
5. UTZ ZAMFERI ( DISPLIN )
6. PN.HABSAH BUSU ( AJK )
7. EN. IDRIS HAMZAH ( CERCA MERBA )

FASILILATOR SKKD :
1. UTZ AHMAD NASIR B. AWANG
2. UTZ ROKHAIMI
3. UTZ NAZMI
4. UTZ HAIZAD

PEMBIMBING DARIPADA KALANGAN WARIS :
1. EN. AJIS TEKSI
2. EN. CHIN BESI
3. EN. KHALID ENGINERING

PENGANGKUTAN :
1. TN.SYED HUSSAIN
2. UTZ ZAMFERI

SEKALUNG BUDI :
1. KAKITANGAN LISRAM
2. PPD LANGKAWI
3. HIG ( HJ. ISMAIL GROUP )
4. AJIS MOTEL
5. MAKSU RESTAURANT
6. IND. DAN WARIS YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG MENJAYAKAN PROGRAM INI.



Mahluk yang paling awal dijumpai oleh photographer. Kedatangan kami seolah-olah di alu-alukan oleh mahluk yang sentiasa tunduk dan patuh kepadaNya.


Pekerja LISRAM memberi komitmen yang tinggi membantu melicinkan program.

Taklimat awal disampaikan oleh Cikgu Zifni.


Pada malam hari, cermah disampaikan oleh penceramah jeputan dari PETROSAINS. Murid diajar mengkaji lapisan minyak, ketul ais dan air. Murid berpeluang menjalani beberapa siri uji kaji.

Kelihatan beberapa orang kuat SKKD terutamanya Cikgu Maimon Kordi dan Cikgu Aishahbani.
Sumbangan mereka sewaktu berjalannya program hampir 20 jam sehari. Walau bagaimanapun mereka dibantu oleh guru-guru yang datang menjenguk program ini. Turut juga kelihatan Pn. Habsah, Cik Intan, Pn. Wan Norma dan Utz Zamferi.


Peserta kem bermain pada petang hari. Aktiviti sukaneka mengajar murid tentang displin dalam pertandingan seterusnya mengaplikasikan displin diri dalam kehidupan seharian.


Fasililator yang terdiri daripada ustaz j-Qaf sekitar Langkawi. Mereka meluangkan waktu memberi sumbangan tenaga kepada peserta kem. Komitmen para ustaz amatlah dihargai dalam melaksanakan Objektif dan matlamat prgram ini.


Murid sedang mempraktikkan sketsa mereka untuk pertandingan pada malam harinya.



Kelihatan juga ustaz membimbing murid bagi menjayakan sketsa seiring dengan lunas-lunas islam.


Murid di benarkan mandi di jeram sekitar LISRAM. Walaubagaimana pun masa di hadkan supaya program seterusnya dapat dijalankan dengan baik.


Aktiviti ini mengurangkan stres murid. Cikgu Nasir Wahab sentiasa mengawasi pergerakkan mereka untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.


Solat dan zikir serta doa adalah agenda yang wajib di laksanakan oleh peserta kem. Utz Ahmad Nasir Awang membimbing dan mengajar peserta kem dalam melaksanakan kewajipan kepada Allah.




Sketsa dan lakonan merupakan aktiviti terancang yang amat di sukai oleh peserta. Mereka telah diberikan tajuk dua minggu lebih awal untuk melengkapkan diri dan latih tubi. Cikgu Nasir tidak tak tertahan melihat gelagat peserta yang penuh dengan lawak jenaka. Mesej setiap lakonan disampaikan dengan jelas.


Lagak ahli koperat menghangatkan suasana dewan. Murid SKKD begitu kreatif dan berjaya membawa watak dengan baik.

Malam ke-2 peserta kem akan memulakan aktiviti burung hantu. Masing-masing takut dan membaca doa tidak putus-putus. Di sinilah ujian mengenal Tuhan dan bertawakal dengan perit ujian yang akan ditempuhi.


Ujian bermula apabila seorang guru menyamar menjadi hantu bungkus dengan berguling diatas jalan raya seterusnya mengejar peserta kem. Namun sedikit pun tidak menggentarkan iman peserta ini. Tahniah kepada ustaz yang mendidik kerana berjaya membina tembok iman yang kuat.



Kelihatan peserta membuka khemah dan bersiap sedia untuk pulang.




Majlis penutup di rasmikan oleh Penyelia LISRAM, En. Zulkefli. Hadiah disampaikan oleh beliau kepada kumpulan yang berjaya mengikut ketagori dan pertandingan.

Kem Bina Insan berjaya mengubah tingkah laku dan pemikiran murid selaras dengan kehendak Islam. Sedikit sebanyak melahirkan modal insan mengikut 'hadarah islamiah'. Sekalung budi kepada para ustaz yang bertungkus lumus menjayakan program ini.




















No comments:

Post a Comment