Saturday, April 18, 2009

TUISYEN BERBAYAR UNTUK TAHUN 6 SAHAJA

TAKLIMAT TUISYEN BERBAYAR UNTUK WARIS TAHUN 6

HARI : JUMAAT
JAM : 3:00 PETANG
BERTEMPAT : KAFETERIA SKKD

Taklimat ini berkenaan Tuisyen yang akan diwujudkan bertujuan membantu murid yang tercicir daripada terlibat dengan SBT ( Skim Baucer Tuisyen ) yang ditaja oleh KPM ( kementerian Pelajaran Malaysia ) dan TTB ( Tuisyen Titian Bestari ) yang di taja oleh Yasasan Sultanah Bahaiyah.
Secara tidak langsung ia amat bermanfaat bagi golongan ibu bapa kerana ia dijalankan dipremis sekolah. Walau bagaimana pun, murid yang sedia terlibat dengan tuisyen SBT dan TTB boleh juga menyertai sekiranya waris mampu menanggung kos yuran bulanan.
Antara sebahagian waris yang menghadirkan diri mendengar taklimat oleh Guru Besar.
Guru Besar sesi 2009, En. Fadzil B. Othman memberi taklimat dan perjalanan tuisyen yang akan diadakan.



Cikgu Zifni selaku pengacara program tidak ketinggalan memberi taklimat ringkas kepentingan dan kebaikan program yang akan diadakan.

Kelihatan ibu bapa sedang mendaftarkan diri. SKKD berbangga kerana mempunyai waris yang prihatin dan memberi komitmen sepenuhnya pada setiap program sekolah. Kehadiran waris Tahun 6 mencecah 150 orang.



No comments:

Post a Comment