Sunday, April 5, 2009

Selamat Datang Cikgu Fadzil ke bumi Kedawang..


Pada 1 April yang lalu pihak SK Kedawang telah menerima kehadiran Guru Besar yang baru iaitu En Fadzil bin Othman yang akan mula memberikan khidmat beliau di sekolah kita. Beliau yang menggantikan mantan guru besar SK Kedawang Tn Hj Din bin Ibrahim sebenarnya adalah merupakan bekas Penolong Kanan 1 di Sekolah Kebangsaan Telok Malik, Jitra. Warga SK Kedawang mengalu-alukan kehadiran tuan yang pastinya akan memberikan sinar dan wawasan baru selaku nakhoda baru bahtera SK Kedawang. Semoga tuan sekeluarga akan sentiasa dirahmati Allah selalu dan selesa berada bersama-sama warga SK Kedawang. 

No comments:

Post a Comment