Tuesday, March 17, 2009

KENANGAN BERSAMA YM TUNKU AZITA

15 Mac 2009, seramai 15 peserta telah menyertai aktiviti Island Hopping sempena perpisahan YM Tunku Azita bt. Tunku Shuib, mantan GPK Hal Ehwal Murid, SK Kedawang. Aktiviti bermula dengan para peserta berkumpul di sekolah jam 8.15 pagi. Setelah mendapat lampu hijau daripada Ustaz Radzi (broker bot), kami bertolak ke Jeti Teluk Baru dalam suasana yang cukup ceria ditambah dengan cuaca yang amat baik pada pagi itu. Ramai foreigner di jeti, sesekali terasa seperti berada di luar negara.

Setelah agak lama menunggu, akhirnya semua ceria dihembus angin laut. Semua seakan teruja dengan keindahan alam sepanjang perjalanan. Sesekali jeritan peserta kedengaran setelah bot laju yang dinaiki bertarung dengan alunan ombak seakan roller coster......pengalaman yang tidak akan dimiliki dengan hanya memandu Nissan Sunny !!!

Warisan Wanita Terakhir.......

Dari kiri Puan Nor Azlina, YM Tunku Azita, sebelah kanan ialah anak saudara Mak Unku....


Bergambar setibanya ke destinasi pertama, Pulau Dayang Bunting. Anak saudara Puan Suriati (berbaju putih) mengawal ketat bekalan yang dibawa. Al-maklum la....selain pelancong, monyet dan gibbon juga turut 'bercuti' di sini........

Puan Hatijah dan Cik Azlina (Juruteknik SKKD) dengan solar paddle boat... Bot pertama seumpamanya di dunia......hebat kan.

Aktiviti ini paling digemari kanak-kanak. Mandi kolam !!! Kolam kanak-kanak disediakan khas, cetek saja. Terhibur tengok gelagat parent yang kononnya menemani anak, anak rileks, mak ayah yang pulun.......apa-apa pun, si kecil tetap terhibur.

Setelah penat menakluki Tasik Dayang Bunting, trip seterusnya menyaksikan kehebatan Sang Helang berhampiran Pulau Singa Besar. Menjerit kanak-kanak menyaksikan Skyhawk hidup beraksi di depan mata.....tangkas dan lincah , sekali-sekala ianya seakan ingin menyambar kami yang hanya tangkas merakam gambar.....

Suasana panas terik menyelubungi alam. Kami tiba di Pulau Beras Basah, destinasi terakhir. Rasa letih meresap ke seluruh saraf. Tidak banyak aktiviti dilakukan di sini, hanya berbual-bual kosong sambil memerhatikan gelagat pelancong. 12.30 tengah hari kami pulang dengan kenangan yang mungkin tidak akan berulang lagi.

Wednesday, March 11, 2009

MAJLIS WACANA BESTARI TAHUN 6

-----------------------------------------------------
TARIKH : 06 Mac 2009
MASA : 9.00 pagi
TEMPAT : Kafeteria R&R, SK Kedawang.
ANJURAN : Unit UPSR, SK Kedawang.
PENYELARAS : Cikgu Ahmad Zifni bin Adeli
-----------------------------------------------------